Rebat RM20 kos tambang pergi dan balik (RM10 sehala) bagi tujuan pengambilan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tersenarai dengan membuat pesanan pengangkutan melalui aplikasi Grab.

Terbuka untuk semua peringkat umur dan menetap di Selangor.

Pendaftaran dibuka bermula 20 Jun 2021.

Tempoh perjalanan adalah sah bermula 1 Julai 2021 sehingga 30 November 2021.

Cara menggunakan ganjaran diskaun ini di Grab

Cara 1
Cara 2
Cara 3

SOALAN LAZIM

Inisiatif Rebat Pengangkutan Kepada Pengguna Grab Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19 merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor (“KNS”) melalui agensi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan pengangkutan (“GRAB”), bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasar mendapatkan pengangkutan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih sekaligus memberi galakan kepada penerima vaksin untuk mematuhi jadual temujanji vaksin yang telah ditetapkan.

Selaras dengan pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021, seramai 50,000 orang penerima vaksin di negeri Selangor bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan pemberian subsidi kos pengangkutan adalah sebanyak RM20 seorang merangkumi kos tambang pergi dan balik (RM10 sehala).

Rakyat Selangor yang mempunyai akaun Grab sahaja.

Muat turun aplikasi Grab di App Store ataupun Google Play Store dan daftarkan akaun menggunakan nombor telefon bimbit anda.

  • Permohonan dibuka : 20 Jun 2021
  • Permohonan ditutup: 29 November 2021
  • Tempoh sah penggunaan ganjaran : Bermula 1 Julai 2021 sehingga 30 November 2021

Setelah permohonan anda disahkan, anda akan mendapat ganjaran diskaun pada masa berikut:

Tidak. Pemohon perlu memohon rebat Grab sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh temujanji vaksin.

Boleh dengan syarat permohonan dibuat pada hari Isnin sehingga Jumaat (sebelum jam 12 tengah hari).

Tidak, semua proses permohonan dan pengesahan adalah percuma.

PLATS komited dalam memastikan keselamatan Data Peribadi yang dikongsi oleh anda di laman web PLATS akan disimpan dan dilindungi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data Peribadi anda juga akan diproses dan didedahkan/dikongsi kepada pihak ketiga yang terlibat selaras dengan Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) laman web PLATS ini. Sila rujuk Notis tersebut untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan perlindungan Data Peribadi anda.

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Setelah diluluskan, anda akan mendapat ganjaran diskaun 2 x RM10 ke dalam aplikasi Grab anda. Di halaman aplikasi utama, klik pada ikon “Points”. Pergi ke “My Rewards” dan anda akan melihat ganjaran diskaun anda di bawah “Active Rewards”.

Terdapat 2 cara untuk menggunakan ganjaran diskaun anda:

  • Buka aplikasi Grab anda.
  • Pilih “Car” dan masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda di “Where to?”.
  • Seterusnya, tekan “Confirm Pick Up”.
  • Sebelum menempah perjalanan anda, tekan pada “Offer” untuk ke ganjaran diskaun anda.
  • Klik “Use Now” untuk menikmati potongan harga perjalanan anda.
 

 

atau

  • Buka aplikasi Grab anda.
  • Klik pada ikon “Points” anda.
  • Pergi ke “My Rewards” dan anda akan melihat ganjaran diskaun anda di bawah “Active Rewards”.
  • Klik “Use Now” dan anda akan berada pada halaman tempahan Car.
  • Masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda untuk menikmati potongan harga perjalanan anda.


Anda akan mendapat ganjaran diskaun sebanyak sehingga RM10 untuk 2 kali perjalanan. Secara keseluruhan, anda akan mendapat penjimatan sebanyak RM20.

Anda perlu membayar lebihan tambahan. Contohnya, jika perjalanan anda adalah RM12, maka anda perlu membayar lebihan tambang RM2.

Ganjaran diskaun ini hanya sah sehingga 30 November 2021.

Ganjaran diskaun ini boleh digunakan kepada Pusat PPV di Selangor dan di Kuala Lumpur.

Boleh. SOP PKP semasa membenarkan 2 penumpang dalam perjalanan Grab untuk perjalanan mendapatkan vaksin (lawati www.mkn.gov.my untuk maklumat lebih lanjut mengenai SOP).

Tidak boleh. Oleh kerana ganjaran diskaun ini akan dimuat naik ke dalam aplikasi Grab anda, jadi hanya anda sahaja yang boleh membuat tempahan menggunakan ganjaran diskaun ini.

MOHON SEKARANG

Sila masukkan nombor kad pengenalan / MyKID tanggungan jika permohonan untuk tanggungan.
Pilih 'Lain-Lain PPV' sekiranya nama PPV tiada dalam pilihan yang diberikan